Thursday, November 13, 2008

hujan, musibah atau rahmat buat kita.

semalam,selepas kelas desain di kampus, bibit2 kepenatan aku habiskan di cyberia sebelum terus bergerak ke Bandar Tun Razak untuk mengambil barang keperluan yg aku tak sengaja tinggal di situ. hajat dihati ingin terus aku menuju ke Cyberjaya kembali selepas menghantar adik bongsuku ke sekolah,tetapi apakan daya,hujan turun membasahi bumi nurani ini sekelip mata.segera aku menunggu untuk cuaca ini beransur surut dengan menghabiskan masa,di mana lagi kalau bukan di gerai mamak di Taman Tasik Permaisuri.Apa eh coincidence dalam bahasa melayu? oh ya,kebetulan.bukan? terasa bangga,tidak kurang hebat juga aku dalam berbahasa melayu ni.hehe.ya,disitu aku terserempak dgn bekas guruku di sekolah menengah dulu,Ustaz Khairuddin Awang.Teringat pula zaman sekolah dulu tentang kegerunan pelajar2 termasuklah aku terhadap beliau.haha.Terdetik juga rasa untuk menegurnya disitu,tetapi sebatang rokok di jari kananku secara terang2 menghalang aku untuk berbuat demikian.haihh.baiklah cukup setakat itu,setelah agak lama memanaskan punggung aku pun terus meredah hujan rintik2 lantas mengharungi seribu rintangan nun di Lebuhraya KL-Putrajaya.seperti yg diramalkan,hujan terhenti setakat di Simpang IMU,Bukit Jalil tetapi beransur2 hujan semula di kawasan perhentian Seri Kembangan. Tanpa disangka2 aku bertembung dgn kereta myvi hitam yg terbabas di simpang itu,agak teruk juga kesudahannya.terbalik dan bumper depannya tertanggal beberapa meter jauh, dlm diam aku senyum sinis, siapalah yg tidak sayang nyawa yang ingin menempah maut dlm keadaan hujan ni.mujur aku beringat2 dlm keadaan jalanraya yg basah ni,aku tak berani meluncur selaju 125km/j macam selalu.dah lah penutup ekzos skuter aku tertanggal di simpang terakhir ke cyberjaya,walaupun jalan raya kering(selalunya Cyberjaya akan hujan dulu diikuti dgn Kuala Lumpur).Aku pantas mengutip bahagian ekzos itu dan tiba2 seorang lelaki yg menunggang motor yamaha 125z menegur aku pada sangkaannya aku terbabit dlm kecelakaan akibat hujan.haha.sedikit sebanyak aku hargai semangat tolong menolong kamu AFJ 4540.terima kasih tetapi aku baik sahaja.Memanglah, bukan semua penunggang motor tiada budi bahasa bukan.Dan sejurus itu aku sampai di cyberia dgn selamat,alhamdulillah.

p/s : formal gile kan entri kali ini.hahahahahahahahaha.
p/s : pandulah kenderaan secara lebih berhemah time hujan2 ok?
p/s : tulisan dlm bahasa melayu mmg memakan ruang,aku tahu.

6 kumens!:

.: m e r a n e s s :. said...

oit. APAKAH? hahahaha :p
cubaan yang berani! :) :) :)

amatt mexes amir said...

guess so.haha.

TOPAN said...

agak lambat.
dan tp berbangga.
kerna tiada anchor.
gaga.

Nadia said...

uiks.perjalanan penuh berliku-liku nih :D

hehe..best pe blog dalam bm..hehehe

amatt mexes amir said...

doa byk2 agr blog ni slalu dikemaskinikan dlm bm,hihiih.

duchess11 is DiBaH said...

oit...
penutup ekzos tertanggal...??

pale otak ko!!
wat the...??

gi repair balek..!!